Jumaat, Jun 26, 2009

Bersikap Positif Apabila Diuji

(Sumber Majallah Nur-Nov.2007)

Apabila diuji, kita barangkali akan ditimpa dua situasi, sama ada tambah bersemangat atau jatuh semangat. Syabas kepada yang mengambil kritikan secara positif. Dengan kata lain, kita berfikiran positif. Ini adalah suatu yang digalakkan Islam.
Rasulullah sendiri amat menyayangi umatnya yang berfikiran positif kerana itu merupakan ciri-ciri mukmin sejati. Rasulullah bersabda yang bermaksud, "Amat menakjubkan sikap seorang mukmin yang sentiasa memandang baik terhadap segala sesuatu di sekelilingnya. Apabila seorang mukmin itu beroleh kebaikan, dia terus memuji dan bersyukur kepada Allah. Jika dia ditimpa keburukan, maka dia pun memuji Allah dan bersabar menghadapinya dan ini pun baginya. Seseorang mukmin akan tetap diberi pahala atas setiap amalan yang dilakukannya sehingga diberi pahala terhadap makanan yang disuapkan kedalam mulut isterinya."
(Riwayat Ahmad & Abu Daud)
Perkara baik dan buruk yang menimpa manusia adalah satu yang lumrah. Ini kerana perjalanan manusia di muka bumi tidaklah tetap dan sentiasa berubah. Namun bagi yang mengaku dirinya beriman, semua itu bukanlah sesuatu yang harus dikesali.
Allah berfirman yang bermaksud, "Demi sesungguhnya Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang yang bersabar, iaitu orang yang apabila mereka ditimpa sesuatu kesusahan, mereka akan berkata, "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." Mereka ini adalah orang yang dilimpahi dengan pelbagai kebaikan daripada Tuhan serta rahmat-Nya dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk hidayah-Nya.
(Surah Al-Baqarah: 155-157)

Khamis, Jun 25, 2009

Pesanan buat seorang Isteri

(sumber Majalah Nur - Nov.2007)

Pesanan Asma binti Kharijah Fazari kepada anak perempuannya, pada hari pernikahan anaknya itu :
Wahai anakku, kini engkau telah keluar dari sarang tempat engkau dilahirkan dan dibesarkan. Kini engkau akan beralih kesuatu hamparan dan kediaman yang belum engkau kenali dan engkau harus bersama-sama dengan seseorang yang belum engkau kenali.
Itulah suamimu. Jadilah kamu seperti tanah untuknya dan dia akan menjadi sebagai langitmu. Jadilah engkau sebagai lantai untuknya dan dia akan menjadi tiang untukmu.
Janganlah engkau membebankannya dengan pelbagai kesukaran kerana dengan itu, akan menyebabkan dia lari meninggalkan engkau.
Janganlah engkau terlalu jauh darinya supaya dia tidak melupakan engkau. Tetapi kalau dia mendekatimu, dekatilah dia dan sekiranya dia menjauhimu, maka jauhilah dia dengan baik.
Peliharalah suamimu seelok-eloknya, hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lainnya. Janganlah sehingga dia mencium sesuatu padamu, kecuali yang harum-harum sahaja, jangan pula dia mendengar sesuatu melainkan yang enak-enak belaka, janganlah pula dia melihat sesuatu melainkan yang indah-indah saja pada dirimu.

Rabu, Jun 24, 2009

Keistimewaan Bulan Rejab

Bismillahhiramanirrahim,

Bulan "REJAB Syahrullah" (Bulan Allah)
Diampunkan dosa bagi orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah s.w.t
Puasa bulan Rejab, wajib baginya:
i) Diampunkan dosanya yang lalu.
ii) Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal
iii) Terlepas dari dahaya di hari Qiamat
Puasa pada awal bulan Rejab, pertengahannya dan akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.
(Al-Hadith, dari Kitab Raudhatul Ifkar)
Sesiapa puasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu.
Demi ketinggianKu dan kebesaranKu, tiada Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu
di bawah arasyKu, emgkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu
dan engkau"
Dari Abu Muhammad, Al-Hasan bin Ali bin Abu Talib, cucu Rasulullah s.a.w dan kesayangannya r.a yang berkata :
"Aku menghafal dari Rasulullah s.a.w. :' Tinggalkanlah apa yang meragukanmu kepada yang tiada meragukanmu.