Khamis, Julai 09, 2009

Jika Makanan Jadi Penyakit

(sumber Majallah Nur - April 2006)

Penyakit yang singgah di tubuh manusia biasanya berkait rapat dengan makanan yang disuap. Makanan bukan sekadar mengenyangkan perut tetapi boleh juga menjadi racun andainya tidak dikawal dengan baik. Sebuah riwayat menceritakan bahawa Raja Negus menghantarkan seorang tabib (doktor) untuk berkhidmat kepada Rasulullah. Ketika menerima kedatangan tabib berkenaan, Rasulullah memberitahunya bahawa baginda dan para sahabat sangat menjaga perut kerana perut adalah wadah perbagai penyakit.
Kata-kata Rasulullah itu ada kaitannya dengan firman Allah lewat surah An-Nahl: 114 yang bermaksud,
Oleh itu, makanlah (wahai orang yang beriman) daripada apa yang dikurniakan oleh Allah kepada kamu daripada benda halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembah-Nya semata-mata.
Ulama terkenal, Dr Yusof Al-Qaradhawi juga pernah menyatakan, jika perut itu sarang kepada penyakit, maka melaparkan perut adalah raja bagi segala ubat. Maksud ulama ini mungkin lebih tepat jika dikaitkan dengan ibadat puasa yang dilakukan oleh umat Islam. Dalam pada itu, bukan bermakna kita terbatas untuk makan, tetapi seelok-eloknya kawal pengambilan makanan agar tubuh segar dan seimbang.
Tubuh yang sihat dibentuk oleh makanan yang berkhasiat. Begitu juga rohani yang bersih turut berpunca daripada makanan yang berkhasiat.

0 ulasan: