Jumaat, Ogos 28, 2009

Koleksi kotak coklat



Salam semua,

Ini adalah koleksi kotak coklat yang zana ada, yang atas sekali adalah kotak coklat jenis "book style" untuk 9 biji dan 6 biji coklat. Gambar yang belah bawah pula ada dua jenis, iaitu jenis "kotak bertingkap - ade 35, 15, 9, 4, 3 & 2 biji" dan " kotak bertingkat 4 in 1 & 2 in 1 (hard cover)"- untuk 16 & 8 biji. Terdapat juga kotak coklat jenis "bertutup hard cover"- untuk 4, 9, 16 & 25 biji (yang hard cover tu mahal sikitlah). Apa-apa pun jom kita tengok dulu....


Isnin, Ogos 24, 2009

Coklat untuk hantaran pertunangan



Coklat pelbagai rasanya ini adalah tempahan dari Katty untuk adik iparnya sebagai hantaran pertunangannya pada hari Ahad 23hb Ogas 2009. Terima kasih Katty ( harap berpuas hati) & Selamat Bertunang untuk adik iparnya.

Khamis, Ogos 20, 2009

Ahlan-ahlan wasahlan Ya Ramadhan

Assalamualaikum..
Ramadhan datang lagi...
Sabda Rasulullah s.a.w
Bahawasanya pintu langit dan pintu syurga dibuka pada awal Ramadhan sehingga ke akhir malam Ramadhan. Setiap orang yang bersolat pada malamnya akan ditulis baginya tiap satu sujud, seribu tujuh ratus kebajikan, dibina rumah baginya di dalam syurga daripada yaqut merah indah, baginya tujuh puluh pintu daripada emas yang bertatahkan yaqut permata merah indah. Orang yang berpuasa awal Ramadhan akan diampunkan segala dosanya hingga keakhir bulan Ramadhan, dibina baginya tiap-tiap hari sebuah mahligai di dalam syurga, mempunyai seribu daripada emas dan meminta ampun baginya 70 ribu Malaikat dari pagi hingga tenggelam matahari"
(Al-Hadis)
Di sini zana ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua, semoga Ramadhan ini kita dapat membuat amalan yang terbaik dan mendapat keberkatan dariNya..amin.

Isnin, Ogos 17, 2009

Tempahan Coklat



Tempahan Coklat ini sebenarnya dari my hubby sempena hari lahirnya yang ke..?pada 14 Ogas lepas, untuk semua staffnya di PCC. Tq, semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..amin..

Khamis, Ogos 06, 2009

Gambar aje...

Salam,
apa-apa pun kita tengok gambar dulu le..