Rabu, Julai 29, 2009

Chocolate, Coklat....

Salam semua,

Promotion "Chocolate Almond Rocher" sesuai untuk "Hari Raya Aidil Fitri" atau sebagai buah tangan untuk "Ayah Bonda atau Sanak saudara" & juga sebagai kudapan. Diperbuat dari Original dark coklat bersama potongan badam dan bukannya"cooking coklat". Sekotak 25 biji dan 50 biji. Bagi yang berminat, bolehlah email pada zana di email add: zana_rose06@yahoo.com.my untuk pertanyaan.





Coklat Gift, amat sesuai sebagai hadiah "Hari lahir, hari guru, hari ibu/bapa dan juga untuk majlis-majlis perkahwinan." Dipack, samada dalam bentuk, kotak berbingkai, special box dan transparent box.



Ini pula, "Lolichoc - dalam bentuk Roses & Bear", sesuai untuk birthday party anak-anak. Terdapat dalam pelbagai bentuk antaranya bentuk love, bear, doraemon dan bintang. Lolichoc dibuat dengan menggunakan milk choclate dan white choclate dengan beberapa perasa seperti perasa mint, strawberry, orange dan biasa mengikut permintaan. Harganya adalah berpatutan.







Khamis, Julai 23, 2009

Coklat Lagi...





Assalamualaikum..

Kali ini, zana mulai membuat "lolichoc" pula. Kak long pula buat promot kat kawan-kawan dia dan alhamdulillah, tak sangka pula ianya mendapat sambutan yang menggalakan daripada adik-adik kita.Oleh kerana ada permintaan dan tempahan zana buat lagi..harga yang zana letak pun adalah berpatutan..maklumlah anak-anak sekolah. Malam semalam pun, zana buat "lolichoc white choc. & milk choc. bentuk bare & rose" , dan bentuk itu yang mereka minat." Lebihan coklat zana buat "Sea Sheel choc."Penat jugalah buat coklat pada waktu malam beginie..., bukannya ape..siang pula kita bekerjakan...layan ajelah. Alhamdulillah siap juga.

Selasa, Julai 21, 2009

Fakta Tentang Coklat

(Sumber Majallah Jelita - Oct.2000)

Sejak zaman Cortez menjaja Aztec dan membawa pulang cacahuatll dari Dunia Baru, perasaan berbaur terhadap coklat - adakala suka, adakala tidak. Jika diterjemah langsung, Cacahuatll (bahasa Aztec) bermaksud 'anugerah tuhan'. Makanan penguat tenaga batin masyarakat purba ini menjadi rahsia di Raja bertahun-tahun, disimpan istana Sepanyol. Hanya kini, setelah coklat dapat dinikmati ramai, barulah kita sedar mengapa masyarakat Aztec begitu menyanjunginya.Hakikatnya, ramai menggemari coklat. Namun disebabkan tahyul yang lama tertanam dalam masyarakat, perasaan bersalah sering menghantui setiap kali kita menikmatinya. Anda mungkin tidak percaya sekiranya diberitahu kebanyakan laporan mengenai kesan negatif coklat disebabkan maklumat kurang tepat. Hasil penyelidikan terkini mendapati coklat berciri positif yang unik. Maka, kita harus mengubah tanggapan umum yang tidak tepat ini.

Fakta 1: Coklat tidak menyebabkan jerawat.Antara kepercayaan karut paling umum ialah coklat menyebabkan jerawat, terutama di kalangan remaja. Ini sama sekali tidak benar. Maklumat sekian lama jelas membuktikan bahawa coklat tidak menyebabkan jerawat. Sebaliknya, amalan pemakanan yang kurang baik, punca utama jerawat, tetapi kita lebih mudah menyalahkan coklat.Perubahan hormon ketika baligh, ditambah pengambilan makanan kurang zinc dan banyak iodin, punca utama. Jerawat biasanya tumbuh apabila seseorang mencapai usia remaja. Pertambahan hormon menyebabkan kelenjar mengeluarkan sebum, yang mengalir ke permukaan kulit secara semula jadi. Jika pengalirannya tersekat, sebum terkumpul lalu membentuk jerawat.Ensiklopedia Dermatologi menjelaskan dengan tepat bahawa pemakanan tiada kena-mengena dalam pengurusan jerawat. Jadi, remaja tidak perlu menahan diri daripada memakan coklat kegemaraan mereka.

Fakta 2: Coklat tidak menggemukkan. Isu sebenarnya, apabila kita makan berlebihan. Perangkaan terbaru dari seluruh dunia menunjukkan, bilangna orang gemuk kian ramai. Makan sederhana, termasuk coklat, diiringi senaman kardiovaskular, adalah rahsia mengekalkan berat badan sihat. Yang penting, tahap kecergasan, bukan hanya kehilangan berat badan. Doktor dan pakar pemakanan, orang terbaik menasihat mengenai pengurusan berat badan. Bagaimanapun, petua termudah ialah makan secara sederhana. Sebenarnya, tiada sesuatu makanan tertentu yang boleh menggemukkan. Lazimnya, yang menentukan berat badan seseorang ialah jumlah dimakan. Sebagai peringatan, Persatuan Pemakanan Amerika menasihatkan:"…coklat boleh dimakan secara sederhana."

Fakta 3: Penghidap diabetes boleh makan coklat. Dalam tempoh 20 tahun lalu, pelbagai perubahan besar dalam nasihat pemakanan diberikan kepada penghidap diabetes. Persatuan Diabetes Britain, Persatuan Dietitik Amerika dan Persatuan Diabetes Malaysia kini mengakui bahawa pengambilan gula, atau makanan bergula, dalam jumlah terhad sebagai sebahagian diet tinggi serat dan rendah lemak, boleh diterima. Produk khusus untuk pesakit diabetes tidak menawarkan sebarang kelebihan kepada mereka dibandingkan dengan makanan biasa. Justeru, penghidap diabetes boleh menikmati coklat, tetapi secara sederhana, mengikut nasihat pakar pemakanan.

Fakta 4: Coklat tidak menyebebabkan karies gigi. Apabila anda mengalami sakit gigi yang teruk dan sedang menunggu berjumpa doktor gigi, coklat perkara terakhir bermain dalam fikiran. Namun jangan terburu-buru membuat kesimpulan, fikir dahulu faktanya.Kerosakan gigi disebabkan pelbagai faktor dan hakisan enamel pada gigi adalah proses dinamik. Asid yang terhasil daripada pecahan karbohidrat makanan di dalam mulut menyebabkan hakisan ini.Amalan menjaga kebersihan mulut dan pemflouridan air terbukti dapat mengurangkan karies di sesetengah negara, walaupun pengambilan gula tetap sama atau meningkat. Satu lagi berita baik, tanin pada koko mungkin membantu mencegah karies dengan mengurangkan pertumbuhan plak, manakala asid oksalik dalam coklat dikatakan dapat mengurangkan pengeluaran asid.Kini anda boleh terus makan coklat dan senyum tanpa segan silu. Tetapi jangan lupa berus gigi.

Fakta 5: Coklat tidak sebabkan sakit jantungDalam kes sakit jantung, coklat juga sering dipersalahkan. Punca utama peningkatan kes sakit jantung di Malaysia ialah gaya hidup kurang sihat dan kurang cergas. Merokok, kurang bersenam, pemakanan tidak seimbang dan berlemak tepu adalah penyebab sebenarnya. Sebaliknya, coklat mengandungi antioksidan, dikenali sebagai fenol, yang mungkin mampu mengurangkan tahap kepadatan lipoprotein (kolesterol LDL). Hasil kajian terkini menunjukkan bahawa asid stearik pada mentega koko atau lemak dalam coklat tidak memberi kesan kepada kolesterol darah.Untuk menjaga kesihatan, kita patut mengamalkan pengambilan makanan mengandungi banyak serat dan karbohidrat kompleks, tetapi kurang lemak dan gula. Kita juga perlu sentiasa bersenam. Pengambilan sedikit coklat sebagai sebahagian diet seimbang tidak akan menimbulkan masalah kepada jantung.

Fakta 6: Coklat kuatkan tenaga batin? Walaupun belum ada makanan terbukti dapat meningkatkan tenaga batin, coklat berupaya mencetuskan reaksi positif kepada tindakan kimia otak dan diketahui dapat memperbaiki mood seseorang. Aroma, rasa dan kelazatan coklat memberi nikmat sukar digambarkan.Nikmat dirasai apabila makan coklat disebabkan pengeluaran pelali semulajadi yang diketahui dapat mengurangkan kesakitan dan meningkatkan mood serta nikmat dirasai. Hakikatnya, jumlah pelali itu tidak mencukupi untuk menghasilkan kesan sedemikian. Sebaliknya besar kemungkinan gabungan rasa, kandungan khasiat dan ramuan psikoaktif coklat yang menjadi penyebab. Glenn Cardwell merumuskan: "Makan coklat antara nikmat sebenar kehidupan." Ini bermakna, coklat hadiah yang sempurna.Tidak dinafikan, kesihatan menjadi keutamaan hampir semua orang. Jika dimakan secara sederhana, walaupun setiap hari, coklat tidak memudaratkan. Jadi, janganlah bimbang hendak menikmati coklat, kerana ia antara anugerah kehidupan paling enak. Tetapi ingat, bersenamlah selalu!

Mari buat homemade coklat.

1. 2. 3.


Assalamualaikum...

Hujung minggu lalu, atas permintaan anak-anak zana paksakan juga diri ini untuk membuat coklat. Percubaan pertama setelah sekian lama belajar membuat handmade coklat..sorry lah sifu. Hasilnya, alhamdulillah sungguh sedap dan sememangnya setanding dengan coklat berjenama terkenal seperti "CADBURY". So.. sweet.., anak-anak pun menyukainya. Filing/coklat ganachienya pula zana buat perasa mint, orange, almond nips & kismis.
'dan inilah hasilnya..., macam mana sifu ok tak..?
yang no. 1 tu, zana buat Truffles - sedap..., habis anak-anakku makan dapat buat demo aje..
no. 2 tu, zana buat guna coklat compound - rose warna hijau tu perasa mint dan yang rose warna oren tu tentulah rasa orangekan...he..he..dan
yang no.3 tu pula, zana guna coklat converture dan intinya zana taruh almond & kismis.
Itulah aje yang zana buat hari minggu tu ari. Lepas ni, zana nak buat "Lolichoc" pula..insya allah.





















Khamis, Julai 09, 2009

Jika Makanan Jadi Penyakit

(sumber Majallah Nur - April 2006)

Penyakit yang singgah di tubuh manusia biasanya berkait rapat dengan makanan yang disuap. Makanan bukan sekadar mengenyangkan perut tetapi boleh juga menjadi racun andainya tidak dikawal dengan baik. Sebuah riwayat menceritakan bahawa Raja Negus menghantarkan seorang tabib (doktor) untuk berkhidmat kepada Rasulullah. Ketika menerima kedatangan tabib berkenaan, Rasulullah memberitahunya bahawa baginda dan para sahabat sangat menjaga perut kerana perut adalah wadah perbagai penyakit.
Kata-kata Rasulullah itu ada kaitannya dengan firman Allah lewat surah An-Nahl: 114 yang bermaksud,
Oleh itu, makanlah (wahai orang yang beriman) daripada apa yang dikurniakan oleh Allah kepada kamu daripada benda halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembah-Nya semata-mata.
Ulama terkenal, Dr Yusof Al-Qaradhawi juga pernah menyatakan, jika perut itu sarang kepada penyakit, maka melaparkan perut adalah raja bagi segala ubat. Maksud ulama ini mungkin lebih tepat jika dikaitkan dengan ibadat puasa yang dilakukan oleh umat Islam. Dalam pada itu, bukan bermakna kita terbatas untuk makan, tetapi seelok-eloknya kawal pengambilan makanan agar tubuh segar dan seimbang.
Tubuh yang sihat dibentuk oleh makanan yang berkhasiat. Begitu juga rohani yang bersih turut berpunca daripada makanan yang berkhasiat.

Isnin, Julai 06, 2009

Mencari Kekayaan

(Sumber Majallah Nur - Feb 2007)

Mencari kekayaan dunia bukan suatu perkara yang salah. Islam menganggap harta sebagai alat kehidupan yang boleh membantu manusia menyumbang semula untuk kesempurnaan ibadah dan masyarakatnya. Disebabkan itu, Islam sendiri memang menggalakkan umatnya bekerja mencari harta.
Allah berfirman yang bermaksud,
"Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan, berjalan di merata-rata ceruk rantaunya serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah dan (ingatlah) kepada Allah jualah (tempat kembalinya kamu sesudah) dibangkitkan semula. (Maka hargailah nikmat-Nya dan takutkanlah kemurkaan-Nya)
(Surah Al-Mulk ayar 15)
Harta dunia yang kita ada sekadar 'dipinjamkan` sahaja selamat kita hidup di muka bumi. Justeru kita digalakkan menggunakan kekayaan itu kearah kebaikan dan membantu golongan yang kurang bernasib baik. Dalam hal ini, Allah berfirman yang bermaksud,
"Dan berikanlah kepada meraka dari harta Allah yang telah dikurniakan kepada kamu"
(Surah An-Nur ayat 33)
Walaupun kekayaan yang penting kepada manusia, namun di sisi Allah, ia sama sekali tiada nilai apa-apa. Yang lebih dipandang Allah, tentu sahaja orang yang di dalam hatinya ada iman serta dihiasi akhlak terpuji, selain amalan yang ikhlas. Hal ini selaras dengan firman Allah yang bermaksud,
"Harta dan anak pinak itu adalah perhiasan hidup di dunia dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik di sisi Tuhan sebagai pahala balasan dan lebih baik sebagai asas yang memberikan harapan."
(Surah Al-Kahfi ayat 46)